fbpx

6 Sebab Mengapa Kita Perlu Berbaju Sedondon Untuk Raya Tahun Ini

Raya datang lagi!

Tahun ini, apakah pelan dan strategi baju Raya keluarga anda? Nak tema warna apa pula? Giliran siapa untuk pilih; adik, kakak, mak atau mungkin ayah?

Tentu macam-macam kerenah untuk tampak cantik dan segak di pagi Hari Lebaran. Tetapi, mengapakah kita perlu memakai pakaian sedondon untuk raya? Asalkan ada baju, itu sudah mencukupi, bukan? Nak cari baju sedondon pun macam susah, kita pakai baju asing-asing sahaja lah.

Ha, buat ahli keluarga yang tak dapat dipujuk untuk berdondon, beritahu mereka 6 sebab di bawah mengapa kita mesti pakai baju sedondon untuk Raya:

1. Semangat kekeluargaan

Tak nampak semangatlah keluarga itu kalau tak berdondon. Kita datang beraya satu keluarga mesti nampak lebih meriah kalau semua pakai baju sedondon. Baju raya sedondon dapat menzahirkan rasa cinta kita kepada keluarga dan berasa lebih berbahagia di hari Raya.

2. Nampak cantik dan kemas

Memang sudah sikap manusia yang sukakan benda-benda yang cantik, kemas dan teratur. Oleh itu, jika satu keluarga berpakaian sedondon, mereka akan kelihatan sungguh sedap mata memandang. Malah kehadiran mereka boleh menceriakan majlis dan sanak-saudara.

3. ‘Picture perfect’ untuk bergambar!

Ini antara sebab ramai keluarga nak berdondon pada 1 Syawal. Dengan adanya media sosial, bergambar di pagi Raya merupakan aktiviti yang wajib dilakukan. Bayangkan bergambar dengan satu keluarga yang berpakaian sedondon seirama? Tentu sungguh comel dan ‘sweet’. Sesudah bergambar, sesi menular gambar-gambar tersebut di Instagram atau Facebook pun bermula.

4. Senang diingati dan dijadikan kenangan

Dalam sesebuah kenduri rumah terbuka, keluarga yang berpakaian sedondon akan lebih senang dicam dan diingati. Secara tidak langsung, ia akan merapatkan lagi hubungan keluarga dan menjadikan satu kenangan manis.

5. Eratkan silaturrahim

Buat anak-anak yang sudah besar dan merantau ke negeri atau negara lain, Raya merupakan peluang untuk merapatkan kembali hubungan keluarga. Walaupun ada yang tidak mampu pulang ke kampung, cukuplah sekadar berbaju yang sama supaya terasalah sedikit kasih sayang antara ahli keluarga.

6. Memeriahkan Hari Raya Aidilfitri Yang Istimewa

Telah menjadi satu tanggungjawab kepada umat Islam untuk memanjatkan rasa syukur dan gembira di hari yang mulia. Selain daripada solat Raya, bermaaf-maafan sesama saudara dan sahabat handai, kita boleh menghiaskan diri asalkan mengikuti syarak. Berpakaian sedondon sekeluarga boleh dijadikan satu cara kita memeriahkan Syawal dan menzahirkan rasa syukur.

Ok lah. Jom beli baju Raya sedondon. Tapi nak beli dekat mana?

Jangan risau, genemartino.com.my sentiasa dibuka! Kini, anda boleh membeli baju raya sedondon secara ‘online’. Sungguh selamat, mudah, dan selesa. Penghantaran juga PERCUMA ke seluruh semenanjung Malaysia!

Anda juga boleh singgah ke mana-mana 66 kedai Gene Martino di seluruh Malaysia. Klik di sini untuk mencari cawangan terdekat.



[]
×