fbpx

5 Cara Meriahkan Raya 2020 Gaya #KeluargaSedondon

Raya tahun ini terasa lain, bukan? Ada yang tak dapat balik kampung, ada yang beraya dengan sederhana. Namun, Aidilfitri harus disambut dengan penuh rasa kesyukuran. Lebih-lebih lagi jika kita ada keluarga yang disayangi. Walau yang jauh mahupun yang dekat, kita mestilah beraya cara #keluargasedondon!

Keluarga sedondon ialah keluarga yang berbahagia di hari Raya dalam apa jua keadaan. Jom kita tengok cara-cara kita boleh memeriahkan Raya tahun ini:

1. Makanan & Kuih Raya

Perkara yang paling penting pada hari Raya tentulah makanan dan kuih-muih Raya. Nak merasa Raya yang ‘best’ di rumah anda? Sajikan kudapan istimewa seperti ketupat, rendang, lemang, kuih Raya dan makanan kegemaran sekeluarga. Ada yang menempah dan ada yang masak sendiri. Dua-dua pun boleh dibuat!

2. Lagu Raya

Suasana Raya akan makin terasa dengan dendangan lagu-lagu Raya yang dimainkan setiap tahun. Riangkan isi rumah anda dengan lagu-lagu klasik seperti Saloma, DJ Dave, Siti Nurhaliza dan Sanisah Huri.

3. ‘Video Chat’

Buat keluarga yang tidak dapat pulang, kekalkan ukhuwah dan silaturrahim antara saudara mara dan ipar duai melalui ‘video chat’. Bak kata pepatah, biar jauh di mata namun dekat di hati. Dengan adanya kemudahan seperti Whatsapp, Messenger dan Zoom, perbualan secara ‘online’ kini tidak mustahil dan hanya di hujung jari.

4. Duit Raya

Walaupun kita mungkin tidak beraya di kampung halaman tahun ini, tradisi Raya tetap kita kekalkan. Solat Raya di rumah, bersalaman dan bermaafan, bergambar dengan baju Raya sedondon, menjamu selera di meja makan sekeluarga dan paling seronok sekali; dapat duit Raya!

Nak sampul Raya cantik dari Gene Martino? Anda boleh dapatkan dengan setiap pembelian di mana-mana kedai Gene Martino. Klik di sini untuk mencari cawangan terdekat.

5. Baju Raya

Kita digalakkan berbaju baru pada Hari Raya Aidilfitri. Dan salah satu cara untuk kita memupuk semangat kekeluargaan adalah dengan berpakaian baju Raya sedondon. Pagi Raya nanti, bolehlah kita bergambar sekeluarga. Ceria dan comel sungguh keluarga yang sedondon!

Buat atuk dan nenek di kampung yang kita tidak berkesempatan untuk jumpa, mereka pun boleh berbaju sedondon. Ya, kalau beli dengan Gene Martino, seluruh isi keluarga boleh dapatkan baju Raya sedondon. Nanti bila ‘video chat’ dengan mereka di Hari Lebaran, jangan lupa ‘screenshot’ gambar famili. Memang akan jadi kenangan manis tahun ini.

Keluarga Kita, Raya Sedondon bersama Gene Martino

Raya tahun ini mungkin berbeza. Namun, asalkan keluarga kita disayangi dan diambil berat, Aidilfitri tahun ini masih terasa istimewa. Keluarga sedondon ialah keluarga yang bahagia!

Kini, anda boleh membeli baju raya sedondon secara ‘online’. Sungguh selamat, mudah, dan selesa. Penghantaran juga PERCUMA ke seluruh semenanjung Malaysia, jadi atuk, nenek, pak cik, mak cik dan semua ahli keluarga boleh dapatkan baju sedondon!

Anda juga boleh singgah ke mana-mana 66 kedai Gene Martino di seluruh Malaysia. Klik di sini untuk mencari cawangan terdekat.



[]
×